Sunday 16 October 2016

sambung belajar

Image result for buku 

Setelah tamat tingkatan lima, saya menyambung pelajaran di KMNS ( Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ).Sebelum mendaftar masuk, ramai orang mengatakan bahawa program matrikulasi adalah satu program yang susah dan mencabar. Ibubapa saya menggalakkan saya untuk mengambil program matrikulasi berbanding diploma. Saya tekadkan hati untuk menyambung matrikulasi.


  Image result for KMNS

Hari pertama mendaftar, saya memang berat hati nak tinggalkan rumah sebab dah 6 bulan tinggal kat rumah. Tanggapan pertama terhadap KMNS adalah kolej ni memang besar. Saya dapat asrama yang paling hujung sekali dan memang jauh kalau nak jalan tiap hari ke dewan kuliah dan blok tutoran.Dalam hati, habis la aku kurus lepas habis program ni. Tapi paling best kat sini sejuk dan permandangan waktu petang cantik sangat kalau dari blok c. Setelah 4 bulan duduk sini, saya belajar banyak perkara. Memang betul silibus di sini agak mencabar dan kekangan masa sangat terasa. Kalau kita pandai bahagikan masa, insyaallah kita boleh survive kat sini. Saya belajar macam mana nak bersabar dengan pelbagai kerenah kawan-kawan kat sini. Suasana dan kawan-kawan kat sekolah lama memang sangat berbeza dengan kat sini. Jadi, saya memang belajar banyak perkara daripada kawan-kawan kat sini. Saya memang bersyukur dengan pilihan yang ibubapa saya cadangkan sebab saya mungkin tak akan jumpa pengalaman yang sama di tempat lain.














Sunday 9 October 2016

profil



Assalammuaikum,
Nama diberi Nur Ain Hanisah. Warna kegemaran ialah biru sebab suka tengok laut terbentang luas, Nampak tenang walaupun ada ombak bergelora.Matlamat hidup ialah mendapat kejayaan di dunia dan akhirat/